Kakitangan awam edar dadah dihukum gantung - Utusan Malaysia

Kakitangan awam edar dadah dihukum gantung

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang pemandu di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis ganja seberat 845/25 gram (g), tiga tahun lalu.

Hakim, Nurulhuda Nur’Aini Mohamad Nor menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Norazamuddin Mutalib, 40, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan kes prima  facie terhadap kes pihak pendakwaan.

Mahkamah turut menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan satu sebatan bagi pertuduhan kedua memiliki dadah jenis ganja seberat 64.27 gram.

Dalam penghakimannya, Nurulhuda berkata, pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

“Mahkamah telah meneliti nota keterangan dan membaca hujahan bertulis difailkan kedua-dua pihak. Mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah dan bagi pertuduhan pertama, tertuduh dihukum gantung sampai mati dan penjara lima tahun dan satu sebatan bagi pertuduhan kedua,” katanya.

Berdasarkan pertuduhan pertama, Norazamuddin didakwa telah mengedar dadah berbahaya iaitu kanabis seberat 845.25 gram di hadapan sebuah rumah di Seksyen 1, Semenyih, Hulu Langat pada pukul 1.30 pagi, 29 Jun 2018.

Dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta yang sama. Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa memiliki dadah berbahaya iaitu kanabis seberat 64.27 gram  di dalam kebun bersebelahan Jalan Tanjung 15, Taman Sri Manjung, Semenyih, Hulu Langat pada pukul 1 pagi, 29 Jun 2018.

Dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 39A(2) akta yang sama. Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara seumur hidup atau 5 tahun serta sebat sehingga 10 sebatan. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya