Wakil rakyat AS setuju tolak hadkan kuasa Trump lancar perang Iran - Utusan Malaysia

Wakil rakyat AS setuju tolak hadkan kuasa Trump lancar perang Iran

WAKIL-wakil rakyat AS menang undian untuk tidak menghadkan kuasa presiden di Kongres. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) pada Khamis menolak usaha untuk mengehadkan kuasa Presiden Donald Trump bagi melancarkan perang terhadap Iran, satu lagi kemunduran dalam kempen parti Demokrat untuk memaksa Kongres AS kembali memainkan peranan dalam keputusan berkaitan tindakan ketenteraan di Asia Barat.

Undian itu, yang diadakan selepas Demokrat memaksa isu tersebut dibahaskan berlaku ketika kebimbangan terhadap konflik enam minggu itu terus merebak di Kongres AS, dengan wakil-wakil rakyat bimbang tentang peningkatan kos, hala tuju  tidak jelas dan risiko perang lebih meluas.

Usul tersebut akan mewajibkan Trump menamatkan operasi ketenteraan AS terhadap Teheran melainkan mendapat kelulusan jelas daripada Kongres Amerika, dengan merujuk kepada Resolusi Kuasa Perang 1973 yang mengehadkan kebebasan presiden untuk menjalankan peperangan berpanjangan tanpa persetujuan wakil-wakil rakyat.

Undian itu sebahagian besarnya mengikut garis parti, walaupun seorang anggota parti Republikan menyokong resolusi tersebut. Seorang lagi anggota parti Demokrat mengundi menentangnya.

Demokrat berhujah bahawa Trump melancarkan konflik bersama Israel pada 28 Februari tanpa kebenaran Kongres AS seperti yang ditetapkan dalam perlembagaan.

Kongres AS sebenarnya memberikan kuasa tunggal kepada Kongres untuk mengisytiharkan perang.

“Kita sedang berdiri di tepi jurang dan Kongres AS mesti bertindak sebelum presiden ini menolak kita jatuh. Setiap hari kita berlengah, kita semakin hampir kepada konflik tanpa jalan keluar,” kata Gregory Meeks, wakil rakyat daripada parti Demokrat dalam Jawatankuasa Hal Ehwal Luar, menjelang undian.

Kekalahan itu berlaku walaupun Demokrat berjaya mengecilkan jurang berbanding undian sebelumnya pada Mac, apabila resolusi serupa gagal dengan perbezaan tujuh undi.

Namun, akhirnya, sokongan daripada Republikan masih tidak mencukupi.

Setakat ini, Trump masih mengekalkan sokongan luas daripada partinya, Republikan walaupun terdapat kekecewaan dalam kalangan sesetengah wakil rakyat terhadap keengganan pentadbiran untuk memperincikan secara terbuka beban kewangan dan ketenteraan perang tersebut. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN