Ketua perangi penyelewengan ditangkap kerana rasuah - Utusan Malaysia

Ketua perangi penyelewengan ditangkap kerana rasuah

GAMBAR fail Hery Susanto. - Ombudsman
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia telah menahan ketua ombudsman negara itu atas tuduhan rasuah hanya lima hari selepas beliau mengangkat sumpah sebagai pegawai tertinggi yang bertanggungjawab memerangi penyelewengan kerajaan, menurut Pejabat Peguam Negara.

Menurut Pengarah Siasatan di Pejabat Peguam Negara,  Syarief Sulaeman Nahdi, ketua itu, Hery Susanto ditahan lewat Rabu atas dakwaan menerima rasuah daripada sebuah syarikat nikel. 

Hery telah mengangkat sumpah sebagai ketua ombudsman oleh Presiden Prabowo Subianto pada Jumaat minggu. 

Beliau  didakwa menerima 1.5 bilion rupiah (RM346,000) ketika masih memegang jawatan lebih rendah dalam pejabat ombudsman.

 Ombudsman ialah pegawai atau institusi bebas yang bertugas menyiasat aduan orang ramai terhadap agensi kerajaan atau perkhidmatan awam.

“Kami telah menjalankan penggeledahan dan menahannya malam tadi di rumahnya,” kata Syarief kepada wartawan di Jakarta pada Khamis.

Hery dipaparkan kepada media dengan memakai vest merah jambu terang, seperti yang lazim dipakai oleh individu yang ditahan atas kesalahan rasuah di Indonesia.

Tiada komen segera daripada Hery atau wakil undang-undangnya mengenai pertuduhan tersebut. Beliau berdepan hukuman penjara jika didapati bersalah.

Indonesia memiliki rizab nikel terbesar di dunia dan merupakan pengeluar utama logam tersebut yang digunakan dalam bateri kenderaan elektrik serta keluli tahan karat. – AFP/AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN