Juruteknik rugi RM11,000 terpedaya pinjaman tidak wujud - Utusan Malaysia

Juruteknik rugi RM11,000 terpedaya pinjaman tidak wujud

AIBEE AB. GHANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang juruteknik syarikat swasta ‘berputih mata’ apabila hasratnya untuk membuat pinjaman peribadi sebanyak RM40,000 tidak kesampaian sebaliknya mengalami kerugian sebanyak RM11,000.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, Superintenden Aibee Ab. Ghani berkata, pada 29 November lalu, mangsa iaitu seorang lelaki berusia 40 tahun telah melayari sebuah laman web bank dan menekan pautan nombor aplikasi WhatsApp yang tertera berkenaan permohonan pinjaman peribadi.

“Mangsa telah berurusan dengan dua orang individu bernama Jefri dan Maikel yang mendakwa daripada bank berkenaan serta akan menguruskan permohonan pinjaman peribadi mangsa. Kedua-dua individu berkenaan meminta butiran peribadi mangsa dan mangsa telah menyerahkan segala maklumat yang diperlukan.

“Mangsa diminta membayar sebanyak RM2,000 kepada pihak bank untuk urusan scoring dan pada 2 Disember kira-kira pukul 11.54 pagi mangsa membuat pemindahan wang ke dua akaun sebanyak RM2,000. Selepas itu mangsa diminta untuk membuat pembayaran sekali lagi ke atas akaun yang sama sebanyak RM2,000 kerana dikatakan markah mangsa rendah untuk pinjaman tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Aibee, mangsa kemudian diminta untuk membuat pemindahan yang sama sebanyak RM4,000 untuk akaun lain dan diminta sekali lagi untuk membuat transaksi sebanyak RM3,000 untuk mengaktifkan pinjaman berkenaan.

“Mangsa telah meminta bantuan adiknya di Johor untuk membuat pembayaran ke atas akaun yang diberikan seperti yang diminta. Mangsa diminta sekali lagi membuat bayaran sebanyak RM3,060 untuk tujuan scoring dan mengaktifkan akaun namun tidak berbuat demikian kerana mula berasa tertipu.

“Mangsa telah pergi ke bank berkenaan untuk bertanya sendiri mengenai dua pekerja tersebut namun pihak bank menyatakan kad pekerja berkenaan tidak sama dengan pihak bank serta meminta mangsa membuat laporan polis berikutan berlakunya unsur penipuan,” katanya.

Menurutnya, mangsa telah membuat laporan polis dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya