PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan penurunan jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di bawah 400 apabila merekodkan 393 kes, hari ini, berbanding semalam, 414 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, bagi pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 212 kes berbanding semalam 232 kes.
“Daripada 5,058 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 80 kes (1.6 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima.
“Baki 4,978 kes (98.4 peratus) adalah terdiri daripada kategori satu dan dua,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
- Wajah ‘gengster’ buli pelajar tular
- Pelajar ditumbuk di perut: Tidak libatkan institusi Kementerian Pendidikan
- Pelajar ditumbuk di perut: ‘Apakah yang sebenarnya berlaku?’
- Pelaku buli merayu, harap ibu bapa mangsa tak buat laporan polis
Noor Hisham berkata, Malaysia mencatatkan penurunan kes positif Covid-19 iaitu 5,058 kes manakala semalam, 5,427 kes sekali gus mengatasi 4,997 kes sembuh.
“Hari ini, sebanyak tujuh kluster baharu dikesan dengan jumlah kluster aktif adalah 250 kluster.
“Keseluruhan jumlah kluster sejak pandemik Covid-19 melanda negara awal tahun lalu iaitu 6,029 kluster manakala jumlah kluster yang telah tamat adalah 5,779 kluster,” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan kematian, Malaysia semalam mencatatkan peningkatan jumlah kematian yang dilaporkan iaitu 41 kes berbanding kelmarin, 28 kes.
Rekod terbabit adalah setakat pukul 7 petang, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web https://covidnow.moh.gov.my.
Jumlah kematian itu menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 30,787 kes.
Bagi kes kematian yang dibawa ke hospital (BID), sebanyak enam daripada 41 kes dengan jumlah keseluruhan sebanyak 6,226 kes.










