JPJ siasat dakwaan lesen terbang - Utusan Malaysia

JPJ siasat dakwaan lesen terbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menjalankan siasatan segera berhubung dakwaan kononnya wujud aktiviti menjual lesen memandu secara haram didalangi anggotanya.

JPJ menerusi kenyataan akhbar hari ini berkata, JPJ memandang serius dakwaan itu dan akan memanggil seorang pempengaruh media sosial dikenali Azrol Affandi Sobry bagi membantu siasatan berhubung perkara itu yang mendedahkan pembabitan anggota JPJ dalam isu lesen terbang.

“Menerusi perkongsian di media sosial, individu itu mendakwa terdapat Pegawai JPJ yang terlibat secara langsung dalam aktiviti menjual lesen memandu secara haram.

“Individu itu mendakwa Pegawai JPJ menerima wang sogokan biarpun tidak melepasi ujian yang ditetapkan di Institut Memandu (IM),” katanya.

Katanya, JPJ mengambil serius kenyataan tersebut dan siasatan segera akan dilakukan dengan kerjasama pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

JPJ juga ingin menegaskan bahawa jabatan ini tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk salah laku yang melibatkan warga kerja JPJ sekiranya dakwaan itu benar.

Sehingga kini, beberapa siri siasatan SPRM telah dijalankan seperti yang dilaporkan oleh media, contohnya pada tahun 2018.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya