Golongan bekerja sendiri kurang kesedaran carum Perkeso - Utusan Malaysia

Golongan bekerja sendiri kurang kesedaran carum Perkeso

AWANG Hashim (dua dari kiri) berbual mesra dengan penerima sumbangan selepas Program Sumbangan Pasca Banjir oleh Perkeso kepada penduduk Parlimen Pendang di Pendang hari ini. - UTUSAN/MOHD. RIFAAT ABD. HAMID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENDANG:  Kesedaran golongan bekerja sendiri mencarum dalam Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) masih rendah walaupun Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) dikuatkuasakan sejak Jun 2017.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim berkata, setakat 12 November lalu, seramai 337,443 atau 14.16 peratus daripada jumlah keseluruhan 2,383,000 individu bekerja sendiri mencarum dengan Perkeso.

Katanya, peratus itu sangat kecil berbanding dengan sasaran kementerian untuk mencapai 50,000 pencarum bagi semua sektor yang bekerja sendiri.

“Bagi sektor pertanian contohnya, hanya 1,435 petani di seluruh negara mencarum di bawah skim terbabit.Peratus bilangan ini sangat rendah berbanding bilangan petani yang ada di negara kita sekarang ini.

“Golongan petani seharusnya mengambil kesempatan untuk menikmati manfaat yang disediakan di bawah skim terbabit kerana pekerjaan mereka sering terdedah dengan bahaya,” katanya.

Beliau berkata demikian  ketika ditemu pemberitai pada Program Sumbangan Pasca Banjir oleh Perkeso kepada penduduk Parlimen Pendang  di sini hari ini.

Turut hadir pada program itu ialah Pengarah Perkeso Kedah, Mohamad Haron Othman.

Awang berkata, kerajaan juga telah menawarkan subsidi sebanyak 70 peratus daripada RM232.80 iaitu jumlah caruman yang dibayar oleh pencarum dalam setahun untuk meringankan beban pencarum.

“Bagaimanapun Perkeso  akan menggiatkan lagi turun ke padang dengan mengadakan pelbagai program sama ada di bandar dan luar bandar akan bertemu dengan mereka yang bekerja sendiri supaya dapat mencarum dalam skim ini.

“Perlindungan yang diberi oleh Perkeso sangat besar jika dibandingkan dengan nilai wang yang mereka mencarum itu. Oleh itu, saya mengalu-alukan sama ada petani, nelayan, suri rumah, peniaga serta bekerja sendiri mencarum dalam SKSPS ini.

“Skim ini menyediakan faedah tunai kepada Orang Berinsuran Bekerja Sendiri dan tanggunggannya sendiri di samping menyediakan rawatan perubatan, pemulihan jasmani dan latihan vokasional,” katanya.

Sementara itu, dalam program berkenaan seramai 120 keluarga menerima sumbangan pelbagai barangan peralatan rumah  selepas mengalami bencana banjir baru-baru ini. Penyampaian itu juga adalah sebahagian pengisian sambutan Jubli Emas Perkeso Kedah .-UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya