Exco Johor terima tawaran sertai Parti Bangsa Malaysia - Utusan Malaysia

Exco Johor terima tawaran sertai Parti Bangsa Malaysia

DR CHONG FATT FULL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pemanis, Dr. Chong Fatt Full mengakui telah menerima undangan untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia yang baharu ditubuhkan.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna negeri bagaimanapun memberitahu tiada keperluan dirinya menyertai parti itu kerana yakin dengan perjuangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“Ada tawaran diberi beberapa bulan lalu, sangat awal ketika itu. Saya ada berbincang dengan presiden parti (Tan Sri Muhyiddin Yassin) berhubung perkara ini dan semua orang ada pandangan mereka sendiri.

“Ada yang kata idea tidak betul, ada yang kata masanya tidak betul. Tetapi bagi pihak saya, saya perlu memilih satu platform dan tidak bertukar-tukar.

“Lagipun pada 18 November lalu, saya baharu diberi watikah dan mengangkat sumpah untuk menyertai Majlis Pimpinan Tertinggi (MPN) Bersatu, tak kan saya nak keluar pula,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke Pasaraya Lotus Setia Tropika, di sini hari ini.

Tambahnya, beliau kekal dengan Bersatu kerana itu platform yang bersesuaian dengan ideologi politik yang dipegangnya.

“Saya tiada apa-apa permintaan sampingan, yang penting saya gembira dan saya dapat berkhidmat kepada rakyat melalui platform yang ada, itu sudah cukup.

“Tawaran diterima daripada lain-lain parti memang ada, mereka bertanya adakah saya berminat untuk menyertai, ayatnya mudah sahaja tiada tawaran lain, coklat pun tiada,” ujarnya.

Parti Bangsa Malaysia tersebut dikatakan telah diluluskan Pendaftar Pertubuhan (RoS) pada 29 Oktober lalu dan didakwa bakal dianggotai bekas wakil rakyat daripada PKR.

Antara nama-nama yang dikaitkan termasuklah Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin;  Ahli Parlimen Julau, Larry Soon @ Larry Sng; Ahli Parlimen Kuala Langat, Dr. Xavier Jayakumar dan Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong Shiau Yoon. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.