DSA 2022: Diteruskan, masih terlalu awal buat keputusan - Utusan Malaysia

DSA 2022: Diteruskan, masih terlalu awal buat keputusan

HISHAMMUDDIN Tun Hussein (tengah) bersama Hamzah Zainuddin (kanan) dan Pengerusi DSA Exhibiton and Conference Sdn. Bhd., Tan Sri Asmat Kamaludin menyempurnakan gimik pelancaran pada Majlis Perasmian Defense Services Asia 2022 (DSA 2022), di Kuala Lumpur, kelmarin. - MINGGUAN/MOHD. FARIZWAN HASBULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA 2022) dan Keselamatan Kebangsaan Asia (NATSEC 2022) akan diteruskan pada 28 sehingga 31 Mac depan walaupun berlaku penularan varian Omicron.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, masih terlalu awal untuk membuat sebarang keputusan termasuk membatal atau menangguhkan penganjuran ekspo pertahanan itu ekoran penularan varian tersebut yang kini mendapat perhatian di peringkat global.

Bagaimanapun katanya, pihak penganjur telah diminta bekerjasama rapat dengan Kementerian Kesihatan bagi mendapat maklum balas terkini berhubung tahap jangkitan varian itu.

“Varian Omicron ini menular dengan pantas. Berdasarkan mesyuarat sebelum ini, mandat telah diberikan kepada Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin untuk tentukan tahap jangkitan Omicron dan prosedur operasi standard (SOP) keluar masuk sempadan. Dan banyak perkara perlu kita putuskan berkaitan kesihatan.

“Namun, kita belum tahu tentang perincian dan kesannya (Omicron) dari segi vaksin dan kesihatan mereka yang telah dijangkiti. Itu semua terlalu awal. Mungkin dua atau tiga minggu lagi. Kita tunggu dulu daripada Kementerian Kesihatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Perasmian DSA 2022 dan NATSEC 2022 di sini hari ini.

Yang turut hadir Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Sebanyak 1,170 syarikat dari lebih 50 negara dijangka menyertai pameran yang diadakan secara dwi tahunan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.