C144, harapan mahu ke Oscar - Utusan Malaysia

C144, harapan mahu ke Oscar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penerbit filem C144, Aaron Lim meletakkan harapan besar untuk karyanya itu berjaya menjadi wakil Malaysia untuk ke Anugerah Oscar tahun hadapan.

Arron berkata, C144 telah melepasi semua syarat yang ditetapkan termasuk bakal ditayangkan di Noho7 Laemmle Theatre di Lankershim Boulevard, Hollywood.

“Kami di Redboy Pictures Sdn. Bhd. meletakkan harapan tinggi untuk C144 terpilih untuk mewakili Malaysia ke Oscar seperti mana Roh dan Prebet Sapu untuk dua tahun ini.

“Biarpun kami meletakkan pelakon baharu sebagai teraju, namun kami yakin dengan jalan cerita dan nilai seni dalam C144 mampu menambat hati juri,” katanya.

Aaron berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran trailer C144 baru-baru ini.

C144 yang menjalani penggambaran sekitar 2017 itu mengisahkan dua orang pengembara terjumpa dengan serpihan kapal terbang C-47B yang terhempas pada 1945 ketika Perang Dunia Kedua.

Mereka kemudian disertai lagi 10 pengembara namun berdepan dengan pelbagai cabaran dan situasi misteri yang menyebabkan mereka saling bertelegah.

Filem arahan Jack Wong itu diterbitkan oleh Redboy Sdn. Bhd dan meletakkan wajah pelakon baharu seperti Jackson Lee, Nor Mikhail dan Jasmine Ledder sebagai watak utama.

C144 bakal ditayangkan pada 17 Februari 2022 di 37 pawagam seluruh Malaysia dan turut menjelajah ke 12 negara termasuk Indonesia, Singapura dan Jepun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya