Butiran palsu sijil kelahiran, tukang masak didenda RM6,000  - Utusan Malaysia

Butiran palsu sijil kelahiran, tukang masak didenda RM6,000 

SEORANG tukang masak yang mengaku salah di Mahkamah Majistret Port Dickson hari ini atas tuduhan menggunakan cabutan sijil kelahiran yang mengandungi butiran palsu pada 8 November lalu. - GAMBAR/IHSAN JPN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Seorang tukang masak mengaku salah di Mahkamah Majistret Port Dickson, di sini hari ini atas tuduhan menggunakan cabutan (salinan) sijil kelahiran yang mengandungi butiran palsu.

Tertuduh, Sarudin Sohono, 27, mengangguk faham apabila pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret, V. Vanita.

Berdasarkan pertuduhan, pada 8 November, tertuduh ditahan dalam satu operasi yang dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan (BSK) Jabatan Pendaftaran Negeri (JPN) Negeri Sembilan di JPN Daerah Port Dickson kerana menggunakan cabutan sijil kelahiran yang mengandungi butiran palsu.

Tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 36(1)(h) Akta Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299) kerana dengan sengaja menggunakan sijil perakuan kelahiran yang mempunyai butir-butir palsu.

Jika sabit kesalahan boleh di penjara hingga tiga tahun atau denda hingga RM20,000 atau kedua-dua sekali.

Majistret kemudiannya menjatuhkan hukuman denda RM6,000 dan sekiranya gagal bayar, tertuduh dipenjara tiga bulan. 

Waris tertuduh kemudiannya telah menjelaskan bayaran denda tersebut.

Pendakwaan dijalankan oleh Pegawai Pendakwa, Tengku Noor Hasana Tengku Hashim, sementara tertuduh tidak diwakili peguam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya