PETALING JAYA: Video tular di media sosial memaparkan seorang kanak-kanak comel yang petah bercakap memesan KFC, mencuri tumpuan ramai.
Apa yang menghiburkan adalah dia memesan ayam goreng menggunakan loghat utara dengan lenggok yang cukup comel.
Selain itu, dia juga memesan air Milo, kentang dan paling ‘win’, sayuq ubi.
“Original ayam ketul, ayaq milo, kentang, sayuq dan ubi,” demikian antara kata-katanya ketika membuat pesanan makanan.
Rakaman video itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya ‘geram’ dengan keletah kanak-kanak tersebut.










