APM Terengganu kesal sikap degil pengunjung tengok air pasang besar - Utusan Malaysia

APM Terengganu kesal sikap degil pengunjung tengok air pasang besar

ANTARA pengunjung yang datang bersama kanak-kanak bagi menyaksikan fenomena air pasang besar di Pantai Seberang Takir di Kuala Nerus, semalam. - PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu kesal dengan sikap degil orang ramai yang masih berkunjung ke Pantai Seberang Takir di sini semata-mata untuk menyaksikan fenomena air pasang besar. 

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Leftenan Kolonel (PA) Mohd. Rosman Abdullah berkata, lebih memburukkan keadaan apabila ada ibu bapa yang sanggup membawa anak-anak kecil mereka duduk di kawasan berbatu di situ tanpa memikirkan soal keselamatan. 

Katanya, tindakan itu berisiko mengancam nyawa mereka susulan ketinggian ombak yang boleh mencecah hingga 2.9 meter sepanjang tempoh fenomena berkenaan berlaku hingga 13 Disember.

“Sudah berulang kali kita nasihatkan orang ramai menjauhi kawasan pantai, namun masih ada juga yang datang ke sini termasuk pelancong dengan alasan tertarik melihat ombak yang luar biasa tinggi. 

“Sedangkan tindakan itu amat berbahaya kerana segelintirnya yang turut membawa kanak-kanak ke kawasan berisiko ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas meninjau fenomena air pasang besar di Pantai Seberang Takir, semalam.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati lokasi berkenaan dipenuhi deretan kenderaan pengunjung termasuk pelancong yang tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan kejadian berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Mohd. Rosman berkata, tiada kes jangkitan Covid-19 dikesan di kesemua pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di tiga daerah sejak kelmarin. 

Katanya, hasil ujian saringan awal yang dikendalikan kakitangan Jabatan Kesihatan negeri terhadap mangsa-mangsa banjir mendapati mereka sihat tanpa sebarang gejala.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.