Walaupun masih berpantang, tetap hadir terima ijazah - Utusan Malaysia

Walaupun masih berpantang, tetap hadir terima ijazah

NABILATULKHILWA Khairi Ajmain dan suaminya, Affan Nadzmi bersama anak mereka Uzma Aisyah Affan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Walaupun masih lagi berpantang selepas melahirkan anak sulungnya, 18 hari lalu, Nabilatulkhilwa Khairi Ajmain, 23, tetap menghadiri bagi menerima ijazahnya pada Majlis Konvokesyen Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), semalam.

Lebih mengujakan, graduan kelas pertama, Ijazah Sarjana Muda Bioteknologi Makanan itu turut meraikan kejayaannya itu bersama suaminya yang juga menerima ijazah dalam sidang konvokesyen yang sama dan dalam jurusan pengajian yang sama.

“Tarikh saya dijangka melahirkan anak saya Uzma Aisyah Affan adalah pada 12 November, kemudian rakan-rakan memaklumkan tarikh konvokesyen mungkin pada hujung tahun dan sejak itu jika diikutkan memang saya tidak mahu hadir, kemudian ditambah ketika ini saya masih lagi berpantang.

“Bagaimanapun, ibu dan ayah turut ajak saya pergi, dan ketika ini saya juga sudah sihat sedikit dan badan agak kuat selepas berurut dan bertungku. Lagipun sekali seumur hidup dan USIM juga menyediakan kerusi roda untuk saya,” katanya kepada pemberita di Dewan Tuanku Canselor, USIM, Nilai.

Sementara itu, Nabilatulkhilwa berkata, dia mengenali suaminya, Affan Nadzmi sejak di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Integrasi Tun Abdul Razak, Pekan, Pahang. 

“Pada waktu itu, kami hanya berkawan baik ketika di bangku sekolah. Kami juga tidak menyangka berjumpa semula di USIM dan mengambil keputusan untuk bertunang pada tahun kedua dan merancang untuk berkahwin selepas belajar. 

“Bagaimanapun, disebabkan kehadiran Covid-19, kami mengambil keputusan untuk berkahwin lebih awal kerana khuatir tidak boleh mengadakan majlis pada masa akan datang selain kami juga sering berurusan kerana satu jurusan yang sama,” katanya.

“Tentunya suami banyak menolong saya sepanjang saya berada di USIM dan paling penting kedua keluarga juga merestui pernikahan ketika kami masih lagi belajar,” katanya yang memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.69. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.