Turun bahan kempen atau deposit 'hangus' - Utusan Malaysia

Turun bahan kempen atau deposit ‘hangus’

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Jumaat ini merupakan hari terakhir bagi semua parti politik menurunkan semua logo atau bahan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ).

Yang Dipertuanya, Datuk Shadan Othman berkata, kegagalan berbuat demikian menyebabkan mereka kehilangan deposit pemasangan berjumlah RM5,000.

Beliau berkata, kira-kira 40 peratus bendera, bahan kempen termasuk kain rentang dan poster yang dipasang dalam kawasan pentadbiran MPHTJ dikesan belum diturunkan parti bertanding.

“Setakat ini saya berpuas hati dengan tindakan dilakukan parti politik yang terbabit di kawasan MPHTJ, namun ada sebahagian kecil masih belum berbuat demikian.

“Justeru, saya menggesa parti politik terbabit untuk segera berbuat demikian sebelum Jumaat ini agar tidak kehilangan deposit mereka,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, keputusan PRN Melaka menyaksikan, Barisan Nasional (BN) bukan sahaja kembali membentuk kerajaan negeri, malah berjaya mencatat kemenangan dua pertiga.

Dengan kemenangan itu, BN menyamai pencapaian pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) di mana parti itu menang 21 kerusi.

Pakatan Harapan (PH) hanya berjaya menawan lima kerusi manakala Perikatan Nasional (PN) pula dua kerusi. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN