Tukar Pesuruhjaya Pas amalan biasa - Utusan Malaysia

Tukar Pesuruhjaya Pas amalan biasa

NASRUDIN Hassan bercakap pada sidang akhbar program Kempen Pencegahan Rasuah Yadim di Kompleks Islam Putrajaya. UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nasrudin Hassan menegaskan, tindakan Pas menukar Pesuruhjaya Pas Melaka adalah amalan biasa bagi melicinkan pengurusan parti.

Justeru, Nasrudin berkata, tindakan Pas menggugurkan nama Datuk Kamarudin Sidek daripada jawatan berkenaan tiada kena mengena dengan kekalahan semua lapan calon mewakili parti berkenaan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN), Sabtu lalu.  

“Saya rasa itu (pengguguran nama Kamarudin sebagai Pesuruhjaya Pas) adalah hanya prosedur pentadbiran biasa, iaitu menukar pesuruhjaya (negeri) ini adalah satu urusan parti untuk melancarkan gerak kerja parti.

“Tidak ada sebarang komplikasi apa-apa (pertukaran pesuruhjaya) ,” katanya yang juga Yang Dipertua, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) ketika ditemui pemberita sempena pelancaran program anti rasuah anjuran Yadim di sini hari ini. 

Beliau mengulas laporan media mengenai tindakan Pas menamakan Ketua Dewan Ulama Pas Melaka, Zulkifli Ismail sebagai Pesuruhjaya Pas Melaka baharu menggantikan Kamarudin.

Keputusan itu dibuat kira-kira 48 jam selepas Pas yang menyertai Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kalah teruk apabila gagal memenangi sebarang kerusi daripada lapan calonnya.

Terdahulu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dalam satu kenyataan mengesahkan, hanya Kamarudin seorang digugurkan daripada memegang jawatan Pesuruhjaya Pas Melaka bagi sesi 2021-2023.

Bagaimanapun, Takiyuddin berkata 13 lagi pesuruhjaya negeri masih dikekalkan dan menyandang jawatan sama.

Takiyuddin menjelaskan, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat pada 21 November lalu yang dipengerusikan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.-UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya