Tiga beranak maut kereta bertembung lori - Utusan Malaysia

Tiga beranak maut kereta bertembung lori

ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan tiga beranak yang tersepit dalam Perodua Alza selepas bertembung dengan lori di Jalan Johor Kampung Pinggir, Kluang, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Seorang cucu bersama datuk dan neneknya maut selepas Perodua Alza dinaiki mereka bertembung lori pasir di Jalan Johor Kampung Pinggir, di sini kira-kira pukul 9 pagi tadi.

Mangsa yang maut ialah pemandu kereta iaitu Izzah Shahirah Sahri, 22, dan datuknya, Md. Salleh Kosran, 75, serta neneknya, Miskina Naining, 70.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd. Fauzi Md. Nor berkata, ketiga-tiga mereka dikatakan dalam perjalanan mengambil ubat di Simpang Renggam.

“Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Johor menerima panggilan kecemasan kemalangan jalan raya melalui talian Mers999 dan sebuah jentera FRT dari BBP Renggam ke tempat kejadian.

“Terdapat tiga mangsa tersepit di dalam kereta Perodua Alza dan anggota bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd. Fauzi berkata, ketiga-tiga mangsa disahkan maut di tempat kejadian dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Pemandu lori yang berusia 52 tahun pula tidak mengalami sebarang kecederaan dan operasi terbabit ditamatkan pada pukul 11.25 pagi. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya