Terpedaya Macau Scam, wang simpanan RM120,500 pesara jururawat lesap - Utusan Malaysia

Terpedaya Macau Scam, wang simpanan RM120,500 pesara jururawat lesap

AIBEE ABD. GHANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang pesara jururawat berputih mata selepas wang simpanannya sebanyak RM120,500 lesap akibat terpedaya dengan sindiket Macau Scam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, Superintenden, Aibee Abd. Ghani berkata, pada 3 Oktober lalu, semasa mangsa iaitu wanita berusia 71 tahun berada di rumahnya menerima panggilan daripada seorang individu pada pukul 8 pagi yang menyatakan dia ada membuat tuntutan insurans.

Menurutnya, mangsa menafikan tuntutan tersebut dan talian mangsa disambungkan ke ‘Balai Polis Pudu’ dan bercakap dengan ‘Sarjan Adam Mustafa’ lalu disambungkan lagi kepada individu yang hanya dikenali sebagai pegawai ‘Inspektor Mastura’.  

“Mangsa dikatakan terlibat dengan pengubahan wang haram dan disambungkan lagi dengan pegawai atasan bernama ‘Puan Yong’. Puan Yong telah meminta mangsa memberikan semua maklumat akaun bank yang dimiliki serta mangsa juga telah memindahkan wang daripada akaun CIMB dan akaun Bank Rakyat ke akaun Bank Islam miliknya.  

“Mangsa kemudian membuat semakan akaun Bank Islam dan Tabung Haji serta mendapati terdapat pengeluaran berjumlah RM120,500 yang mana transaksi pertama secara dalam talian tiga hari berturut-turut bermula 8 Oktober berjumlah RM50,000, kali kedua pada 9 Oktober berjumlah RM50,000 dan kali ketiga pada 10  Oktober berjumlah RM20,500,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Aibee berkata, mangsa yang tersedar dirinya telah terpedaya dengan sindiket Macau Scam telah membuat laporan di Balai Polis Lenggeng di sini semalam dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya