“Saya terpaksa mencari jalan untuk bertahan” - Ezuwan Ismail - Utusan Malaysia

“Saya terpaksa mencari jalan untuk bertahan” – Ezuwan Ismail

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pereka fesyen dan penyanyi, Ezuwan Ismail mendedahkan dia terpaksa berjinak-jinak dengan perniagaan makanan untuk kelangsungan hidup di musim pandemik ini.

Kata Ezuwan, dia tidak punya pilihan memandangkan perniagaan menjual pakaian yang diusahakannya terkesan teruk akibat wabak Covid-19.

“Hendak atau tidak, seperti pereka fesyen dan orang lain, saya terpaksa mencari jalan untuk bertahan. Kesemua sembilan orang kakitangan di butik saya tak buang. Mereka menerima gaji pokok sahaja.

“Hakikatnya, kuasa beli makanan ada. Jualan makanan pelbagai jenis menjadi dan berterusan hingga sekarang. Yang paling laku adalah karipap mini.

“Apa yang melucukan ada yang beranggapan saya sudah gulung tikar sebagai pereka fesyen dan beralih sepenuhnya ke bidang perniagaan makanan,” katanya.

Selain itu, Ezuwan berkata gara-gara keadaan yang semakin menekan, dia pernah berhasrat untuk membawa keluarga berhijrah ke luar negara.

“Kadang kadang terfikir, kalau perniagaan butik menjadi semakin teruk, saya ingin sahaja berhijrah ke London, tinggalkan semua yang ada di sini.

“Saya ingin hidup normal di sana. Dapat kerja waktu pejabat pun cukup. Hujung bulan tunggu gaji masuk.

“Pernah bergurau dengan pelakon dan pengacara, Rozita Che Wan, ajak dia jadi rakan kongsi buka restoran di sana. Kalau menjadi, alangkah seronoknya,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Ezuwan menegaskan dia tetap mahu menyanyi meskipun penglibatannya dalam bidang itu dipandang sepi.

“Kalau Ikutkan, tahun ini saya sepatutnya muncul dengan single raya solo berjudul Lambaian Pagi Syawal ciptaan S Atan dan lirik Kopratasa. Ia sudah dirakam pada Mac lalu.

“Tapi saya rasa perlu tunda ke tahun hadapan. Kalau tidak dipromosikan di arus perdana pun, sekurang-kurangnya diseiringkan untuk projek koleksi pakaian rekaan sendiri pun okey saja,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya