Bursa Malaysia dibuka positif

Bursa Malaysia dibuka positif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pasaran saham tempatan memulakan dagangan minggu ini dengan positif seiring dengan pergerakan pasaran serantau yang bercampur-campur.

FTSE KLCI Bursa Malaysia (FBM KLCI) naik 4.81 mata kepada 1,725.15 pada 9.06 pagi hari ini, berbanding 1,720.34 ketika ditutup pada Jumaat.

Indeks penanda aras dibuka tinggi pada 1,724.47.

Jumlah dagangan sebanyak 157.36 juta unit bernilai RM68.15 juta.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 185 berbanding 119 dengan 288 kaunter tidak berubah dan 2,156 tidak diniagakan.

Dalam pada itu, Nikkei Jepun naik 503.43 mata atau 0.84 peratus kepada 60,219.61 ketika berita ini ditulis.

Selain itu, STI Singapura turun 0.4 peratus kepada 4,903.01 manakala indeks KOSPI Korea Selatan naik 101.10 mata atau 1.56 peratus kepada 6,576.73. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN