Saya rupanya positif, takut kalau benda ini makin merebak - Shahrulezad - Utusan Malaysia

Saya rupanya positif, takut kalau benda ini makin merebak – Shahrulezad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengarah dan penerbit terkenal, Shahrulezad Mohameddin mendedahkan dirinya positif Covid-19.

Menurutnya menerusi satu perkongsian panjang lebar di akaun Instagram (IG) miliknya berkata, sejak beberapa hari kondisi badan kurang sihat meskipun sudah membuat ujian RPK pada minggu lepas dan keputusannya negatif.

“Nak dijadikan cerita saya yang negatif pada awalnya ini tiba-tiba rasa tidak sedap badan bermula semalam lagi. Sudah telan ubat pun demam macam itu juga.

“Hari ni sebelum masuk pejabat dan turun lokasi penggambaran, saya ambil keputusan buat sekali lagi ujian RPK dan aAlhamdullilah, rupanya positif.

“Sekarang semua staf Radiusone tengah beratur dekat depan klinik kena buat ujian RPK sekali lagi. Saya takut kalau benda ini makin merebak,” tulisnya.

Menerusi perkongsian sama, dia yang mesra disapa budakijat berkata, sebagai pengajaran, andai seseorang berasa tidak sedap badan terus sahaja buat ujian PRK atau PCR.

“Jangan percaya sangat dengan saliva atau pun antigen itu. Gara-gara percayakan ujian saliva itulah tidak fasal-fasal saya dan staf pertama terkena itu jadi pembawa virus Covid-19 tanpa kita sedar.

“Jadi hati-hati ya. Badan tidak sedap saja terus ke klinik. Jangan makan actifast atau apa sekali pun. Terus serah lobang hidung anda pada doktor untuk diperiksa,” tegasnya.

Difahamkan, pada minggu lepas dua pekerja budakijat disahkan positif Covid-19 selepas membuat ujian RPK dan PCR.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN