Sanusi mohon maaf kepada Mufti Pulau Pinang - Utusan Malaysia

Sanusi mohon maaf kepada Mufti Pulau Pinang

MUHAMMAD SANUSI MD. NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor memohon maaf kepada Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor dan bersedia menerima teguran berhubung kenyataannya yang mengaitkan judi nombor 4D dengan negeri jirannya itu.

Beliau berkata, kenyataannya sebelum ini bermaksud penduduk di negeri ini boleh membeli nombor 4D di mana-mana tempat termasuk Pulau Pinang yang tidak mengharamkan premis perjudian.

Katanya, beliau sebenarnya tidak bermaksud menghina Pulau Pinang dan mencari masalah dengan negeri itu dalam soal tersebut.

“Saya terima teguran Dr. Wan Salim sebab itu gurauan saya, dia terasa hati saya minta maaf kepada Mufti Pulau Pinang,” katanya dalam sidang akhbar secara dalam talian selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-14 di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.

Persidangan DUN tersebut bermula pada Ahad lalu dan berakhir hari ini.

Muhammad Sanusi juga memberitahu, Dr. Wan Salim adalah bekas pensyarahnya ketika menuntut di Universiti Pulau Pinang (USM).

Pada pembentangan Bajet 2022 di persidangan DUN itu, Ahad lalu, Muhammad Sanusi mengumumkan kerajaan negeri menerusi pihak berkuasa tempatan tidak akan mengeluarkan lagi lesen premis judi nombor 4D di seluruh negeri ini berkuat kuasa serta-merta.

Pada masa sama, beliau berkata, penduduk di negeri ini yang ingin membeli nombor 4D diminta ke Pulau Pinang.

Keesokannya, Dr. Wan Salim pula menegaskan kenyataan Muhammad Sanusi yang mengaitkan judi tersebut dengan Pulau Pinang boleh dianggap sebagai suatu penghinaan terhadap institusi-institusi agama Islam di Pulau Pinang.

Dr. Wan Salim berkata, institusi-institusi agama Islam di Pulau Pinang sentiasa berusaha memartabatkan kedudukan Islam di negeri tersebut. РUTUSAN ONLINE 

 

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.