Hakim Danish raih podium pertama di GP Itali

Hakim Danish raih podium pertama di GP Itali

Hakim Danish menamatkan perlumbaan di kedudukan ketiga pada GP Itali di Litar Mugello, Itali, hari ini. - Ihsan Facebook ZK Racing
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelumba Moto3 negara, Hakim Danish Ramli melakar keputusan sensasi selepas mencatat podium pertamanya pada Grand Prix (GP) Motosikal Itali di Litar Mugello, Itali, hari ini.

Anak muda berusia 18 tahun itu yang bernaung di bawah pasukan AEON Credit-MT Helmets-MSI melakar masa 33 minit 08.256 saat (s) untuk melangkapkan perlumbaan di kedudukan ketiga.

Pelumba Sepanyol, Brain Uriarte dari pasukan Red Bull KTM Ajo menjuarai saingan tersebut dengan catatan masa terpantas 33:07.80s, manakala, rakan sepasukannya, Alvaro Carpe muncul sebagai naib juara (33:08.218s).

Keputusan podium yang dilakar Hakim Danish adalah yang pertama dicatat pelumba Malaysia selepas 10 tahun Khairul Idham Pawi berbuat demikian di GP Jerman.

Pelumba berasal dari Terengganu itu juga berjaya menokok 16 mata dan berada di kedudukan ke-11 dengan 43 mata keseluruhan.

Hakim Danish berkata, dia gembira dengan kejayaan tersebut selepas banyak kali mencuba sejak menyertai perlumbaan Moto3, musim ini.

“Saya bersyukur akhirnya berjaya menjejakkan kaki di tangga podium dan kedudukan ketiga ini adalah pencapaian terbaik saya sebagai pelumba Moto3,” katanya ketika ditemu bual selepas perlumbaan berakhir.

Menurutnya, perlumbaan tersebut sangat sukar dan kompetitif, mujur, dia berjaya mengekalkan kedudukan yang baik sepanjang saingan yang akhirnya menghadiahkan podium pertama untuknya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN