Rizab Selangor 2021 meningkat RM3.1117 bilion - Amirudin

Rizab Selangor 2021 meningkat RM3.1117 bilion

AMIRUDIN Shari membentangkan Belanjawan Selangor 2022 yang bertemakan ‘Kita Selangor: Negeri Tahan Uji Mengangkat Martabat Insani’ di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, hari ini. - FOTO/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor mengumumkan peningkatan rizab kepada RM3.1117 bilion pada tahun ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kedudukan rizab negeri meningkat sebanyak RM1.117 bilion berbanding tahun 2019.

“Kedudukan kewangan negeri sehingga 23 November lalu adalah lebih baik dengan kedudukan rizab semasa negeri sebanyak RM3.117 bilion. 

“Jumlah ini dapat dicapai melalui kedudukan Akaun Hasil Disatukan berjumlah RM938.36 juta dan Akaun Amanah Disatukan berjumlah RM2.179 bilion,” katanya membentangkan Belanjawan Selangor 2022 di Bangunan Annex, di sini hari ini. 

Beliau turut memaklumkan bahawa Selangor kekal sebagai negeri yang mencapai Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) tertinggi meskipun mencatatkan penurunan negatif 5.3 peratus. 

Bagaimanapun, penurunan tersebut disifatkan sebagai rendah berbanding KDNK yang dicatatkan peringkat persekutuan iaitu -5.6 peratus. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya