Rauf langgar SOP PRN Melaka? - Utusan Malaysia

Rauf langgar SOP PRN Melaka?

Mas Ermieyati Samsudin akan berdepan dengan Ab. Rauf Yusoh (kanan) dan Zainal Hasan (kiri) di kerusi Dewan Undangan Negeri Tanjung Bidara dalam Pilihan Raya Negeri Melaka 20 November ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengerusi UMNO Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) pada hari penamaan calon dalam Pilihan Raya Negeri (PRN), Melaka pagi tadi.

Ini setelah Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad memuat naik gambar yang menunjukkan Rauf diiringi beberapa penyokong dengan memakai baju parti Barisan Nasional (BN) ketika sedang berjalan kaki menuju ke pusat penamaan calon.

“Rauf Yusoh bawa rombongan 20 orang termasuk Najib Razak untuk penamaan calon PRN Melaka, langgar SOP Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” katanya menerusi akaun Facebook miliknya.

Ini berikutan SPR melarang mana-mana penyokong parti hadir ke pusat penamaan calon sebagai sebahagian daripada SOP bagi mengelak jangkitan Covid-19.

Disebabkan itu, Nik Nazmi mempersoalkan sama ada Rauf mendapat layanan istimewa kerana beliau tetap membawa rombongan meskipun mengetahui SOP yang ditetapkan. 

“Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob apa tindakan kepada mereka? Takkan parti sendiri dapat lesen istimewa. Kita kan Keluarga Malaysia,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya