PRN Melaka: Rakyat Melaka perlu tolak ‘katak politik’

Rakyat Melaka perlu tolak ‘katak politik’

KOH Chin Han dalam sidang akhbar mengenai calon lompat parti di Melaka, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Rakyat Melaka wajar memberi pengajaran kepada Pakatan Harapan (PH) kerana meletakkan individu tidak bertanggungjawab sehingga menjadi punca kejatuhan kerajaan negeri.

Calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban, Datuk Koh Chin Han berkata, PH sebelum ini sering melaungkan tidak sesekali bersekongkol individu mengamalkan lompat parti sebaliknya pendirian mereka berubah dan menyokong tindakan itu.

“Sebelum ini mereka dilihat kerap melaungkan kata-kata bahawa parti mereka tidak akan bersekongkol dengan ahli politik katak dan anti dengan tindakan lompat parti, kini pendirian mereka berubah.

“PH hanya akan menyokong tindakan si katak apabila ianya memberi manfaat kepada mereka, malah mereka turut bersama menumbangkan kerajaan negeri Melaka sehingga perlunya diadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) dalam keadaan negara yang masih bergelut dengan pandemik Covid-19.

“Kami menyeru kepada rakyat Melaka agar menggunakan kebijaksanaan dan peluang keemasan ini untuk memberi pengajaran kepada katak politik sekali gus menghukum PH kerana mencalonkan individu yang bertanggungjawab menyebabkan kejatuhan kerajaan negeri Melaka,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Chin Han kemudian menegaskan, sikap katak politik itu harus ditamatkan dan ianya perlu dimulakan di Melaka.

Mengulas lanjut, beliau berkata, tindakan Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menerima katak politik bukan sahaja memalukan malah memakan diri kerana mengangkat individu berkenaan sebagai calon PH.

“Sebagai pimpinan tertinggi PH, Anwar telah melakukan tindakan yang paling memalukan dalam kemelut politik di Melaka.

“Sebelum ini, Anwar dan PH tidak boleh menerima jika ada ahli parti mereka ‘lompat’ ke parti lain, mereka mungkin akan dituduh sebagai tidak bermaruah kerana mengkhianati rakyat dan sistem demokrasi negara, tetapi kini apa yang terjadi?

“Apabila ada wakil rakyat daripada parti lain ‘lompat’ ke PH, mereka bukan sahaja dipertahankan oleh PH malah turut diangkat sebagai ‘hero’ dan menjadi calon mewakili PH dalam pilihan raya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.