Penghormatan buat Hamdan Senario - Utusan Malaysia

Penghormatan buat Hamdan Senario

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Suasana Konsert Senariounion The Last kopek di Idealive Arena, Damansara semalam bertukar sedih apabila anak kepada Allahyarham Hamdan Ramli, Muhamad Zayreen Misha, 33, membuat kemunculan mendendangkan lagu Doa Untuk Ayah.

Muhamad Zayreen menyampaikan lagu tersebut bersama enam anggota kumpulan itu sebagai tribute buat ayahnya yang meninggal dunia pada tahun 2024.

“Kenangan apabila kami bergandingan dengan arwah dalam sitkom, itu pengalaman yang tidak dapat kami lupakan. Lagu ini pula antara lagu terbaik pernah kami sampaikan bersama beliau,” kata Azlee.

Muhamad Zayreen turut menerima trofi Anugerah Bintang Popular yang dimenangi kumpulan itu.

Allahyarham Hamdan atau nama sebenarnya Ahmad Hamdan Mohamed Ramli meninggal dunia pada 5 Januari 2024 akibat masalah jantung.

Konsert Senariounion The Last Kopek menyaksikan Wahid, Ilya, Yasin, Saiful Apek, Azlee dan Lan Lan Pet Pet bergabung menyampaikan lebih 20 lagu hits mereka.

Turut memeriahkan sambutan 30 tahun Senario adalah penampilan istimewa penyanyi Aina Abdul yang membawakan lagu Zapin Usik Mengusik dan Cinta Zapin SMS.

“Saya gembira kerana berpeluang menyanyi bersama abang-abang saya. Lengend ini, Masa abang keluar televisyen saya masih sekolah,” ujar aina.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN