e-TAIB TH terima hampir 300 pertanyaan ibadah haji

e-TAIB TH terima hampir 300 pertanyaan ibadah haji

SHAHRIN Awaluddin menunjukan aplikasi e-TAIB ketika ditemui di Tanah Suci Mekah, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEKAH: Tabung Haji (TH) menerima hampir 300 pertanyaan berkaitan hukum-hakam ibadah pada hari pertama pelaksanaan platform e-TAIB.

Pengarah Operasi Bimbingan Haji TH berkata, Shahrin Awaluddin berkata, jemaah yang mempunyai sebarang kemusykilan ibadah haji boleh melayari platform e-TAIB Live Chat menerusi aplikasi WhatsApp pada bila-bila masa.

Katanya, talian ibadah berkenaan memberi fokus kepada isu berkaitan haji dan umrah serta turut dibuka kepada petugas bagi memudahkan rujukan segera.

“Penggunaan e-TAIB digalakkan kerana ia percuma, pantas dan menggunakan sumber rujukan berbanding aplikasi luar yang mungkin mengambil pandangan mazhab lain sehingga menimbulkan kekeliruan.

“Sebahagian besar jemaah sebenarnya sudah memahami hukum asas, namun mereka mahu mendapatkan pengesahan segera.

“Sistem ini memudahkan mereka bertanya secara langsung tanpa perlu menunggu lama,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN