GUA MUSANG: Seorang lelaki warga Thailand ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes penemuan mayat seorang penoreh getah yang juga rakan senegaranya di kawasan anak air di Kampung Pulai di sini, Khamis lalu. Perintah reman terhadap lelaki berusia 46 tahun yang bermula hari ini dikeluarkan Hakim Nik Mohd. Tarmizie Nik Mohd. Shukri. Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, tahanan reman itu membolehkan polis menjalankan…










