PM lancar benih padi, IS21 berdaya tahan, produktiviti tinggi - Utusan Malaysia

PM lancar benih padi, IS21 berdaya tahan, produktiviti tinggi

ISMAIL Sabri Yaakob melakukan gimik pelancaran benih padi IS21 sambil disaksikan Noh Omar (dari kiri), Amirudin Sari, Adham Baba dan Ronald Kiandee dalam Majlis Pelancaran Benih Padi IS21 di Loji Pengeluaran Benih Asas dan Tapak Penyelidikan Benih Padi di Sekinchan, Sabak Bernam, Selangor hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEKINCHAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melancarkan varian benih padi baharu yang dihasilkan menerusi penyelidikan Agensi Nuklear Malaysia, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Benih padi yang dinamakan sebagai IS21 itu adalah inovasi dalam industri padi negara dilihat mampu meningkatkan hasil tuaian sehingga 67 peratus atau sembilan tan pengeluaran sehektar mengikut kawasan penanaman.

Selain itu kos penanaman seperti penggunaan baja dan racun perosak juga dapat dikurangkan sehingga 20 peratus.

Ismail Sabri berkata, inovasi benih padi itu adalah komitmen kerajaan untuk memastikan sumber makanan itu terjamin, selamat dan mencukupi, kerajaan sentiasa berusaha ke arah mencari kaedah-kaedah terbaik yang mampu meningkatkan penghasilan padi dan beras.

“Suka  saya  kongsikan  beberapa  keistimewaan  varieti  benih  padi  IS21  ini.  Untuk makluman,  benih  padi  ini  berdaya  tahan  tinggi  terhadap  cuaca  yang  tidak  menentu  dan mempunyai  rintangan  terhadap  beberapa  penyakit  padi  yang  sering  menyerang  dan merugikan  pesawah.

“Selain itu, baka padi IS21 ini juga berpotensi memberi hasil tuai yang tinggi dan dapat meningkatkan pendapatan pesawah jika diurus dengan baik mengikut garis panduan yang disyorkan kerajaan,” katanya ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Benih Padi IS21 di Loji Pengeluaran Benih Asas dan Tapak Penyelidikan Benih Padi di sini hari ini.

Yang turut hadir Menteri Sains, Teknologi  dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Adham Baba; Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee; Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan wujud kebimbangan terhadap kekurangan bekalan apabila permintaan makanan global yang dijangka meningkat pada 2050 berdasarkan peningkatan penduduk dunia pada tahun berkenaan kepada 9.7 bilion seperti dilaporkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Namun, perubahan iklim dijangka menyumbang kepada masalah kekurangan bekalan makanan dunia pada masa hadapan. Malah mutakhir ini, kesan perubahan iklim telah mula dirasai dengan pendapatan golongan yang berada dalam sektor pertanian terjejas akibat pengurangan hasil.

“Kerajaan sentiasa memastikan usaha bagi mempertingkatkan produktiviti industri padi dan beras dilakukan secara proaktif termasuk memperkenalkan teknologi-teknologi terkini bagi mendepani cabaran serta memperkasakan lagi keupayaan,” katanya.

Bagaimanapun, Ismail Sabri menjelaskan, tanggungjawab itu tidak boleh diletakkan di bahu kerajaan, pesawah dan petani semata-mata tetapi memerlukan usaha bersama selaras konsep Keluarga Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya