Latihan Pestapora Malaysia 2026 kembali, tawarkan pengalaman 12 jam tanpa henti - Utusan Malaysia

Latihan Pestapora Malaysia 2026 kembali, tawarkan pengalaman 12 jam tanpa henti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Selepas mencatatkan kejayaan luar biasa tahun lalu, festival muzik rentas sempadan yang dinanti-nantikan, Latihan Pestapora Malaysia 2026, kini kembali untuk edisi kedua pada 15 Ogos 2026 bertempat di Stadium Hoki Nasional.

Penganjuran oleh Hitman Solutions dan Boss Creator kali ini menjanjikan pengalaman lebih dinamik dan imersif yang meraikan karya muzik terbaik dari Malaysia dan Indonesia di atas satu pentas.

Bagi edisi 2026, para pengunjung bakal disajikan dengan persembahan lebih 15 artis pilihan selama 12 jam tanpa henti. Selain muzik, penganjur turut meningkatkan kemudahan festival dengan menyediakan ruang makanan lebih luas yang menampilkan lebih 50 vendor makanan dan gaya hidup.

Kejayaan edisi sulung sebelum ini telah mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya menarik kehadiran seramai 25,000 pengunjung, termasuk 10,000 pelawat antarabangsa menerusi persembahan artis ternama seperti Sheila On 7, Bunkface dan Nadin Amizah.

Menariknya untuk edisi kali ini, setiap pengunjung akan menerima sebotol air mineral percuma serta berpeluang menyertai pelbagai aktiviti menarik di kawasan festival sepanjang acara berlangsung.

Peminat yang tidak mahu melepaskan peluang boleh mendapatkan tiket ‘Blind Sale’ bagi kategori General Admission (Free Standing) yang bermula pada 30 April 2026, jam 2.00 petang dengan harga RM129.00.

Maklumat lanjut mengenai barisan artis dan perkembangan terkini boleh didapati melalui laman rasmi www.latihanpestaporamalaysia.com atau ikuti @latihanpestapora.my di media sosial.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN