Penglibatan orang Islam dalam syarikat judi masalah serius  - Utusan Malaysia

Penglibatan orang Islam dalam syarikat judi masalah serius 

MOHD. AZMI ABDUL HAMID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerajaan digesa menggubal dasar dalam industri judi khususnya apabila membabitkan rakyat di negara ini yang beragama Islam seperti didedahkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen baru-baru ini.

Pendedahan tersebut didakwa membimbangkan apabila ribuan orang Melayu terlibat dalam perjudian di dalam 65 kelab judi yang dilesenkan dan 45 peratus darinya terdiri daripada orang Melayu.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd. Azmi Abdul Hamid berkata, industri perjudian boleh menyumbang kepada keganasan rumah tangga, ketidakstabilan keluarga, keselamatan awam, muflis, sindiket jenayah, produktiviti kerja terjejas dan tekanan mental.

“Mapim mengambil perhatian berat pernyataan Ketua Pembangkang di Parlimen mengenai penglibatan orang Melayu Islam dalam amalan berjudi.

“Kerajaan perlu menjelaskan kenapa tindakan tidak diambil terhadap orang Melayu Islam yang terlibat dengan judi berlesen secara terang-terangan bila terlibat sebagai ahli kelab, perlu dijawab oleh kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson mendedahkan terdapat syarikat yang diberi lesen judi bagi menyemarakkan industri perjudian di negara ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya