Pengadil berat sebelah - Peteh - Utusan Malaysia

Pengadil berat sebelah – Peteh

Pengadil Liga Malaysia terus jadi tumpuan.- Gambar hiasan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kelab Penyokong Terengganu FC (Peteh) melahirkan rasa tidak puas hati dan menuduh pengadil perlawanan melibatkan aksi skuad Penyu dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) tempoh hari, berat sebelah.

Timbalan Presidennya, Wan Mohd. Azmi Wan Ngah berkata, sekurang-kurangnya tiga kekasaran dilakukan pemain JDT yang terlepas layangan kad atau amaran lisan daripada pengadil bertugas, Tuan Mohd. Yaasin Tuan Mohd. Hanafiah.

Malah, katanya, Tuan Mohd. Yaasin turut didakwa bersikap berat sebelah terutama semasa insiden melibatkan Shane Lowry dan Natxo Insa yang sudah terang-terangan melakukan kesalahan.

“Kesemua 20,000 penonton di stadium dan lebih setengah juta yang menyaksikan siaran langsung boleh menilai kegagalan pengadil mengawal 90 minit permainan berikutan banyak keputusan meragukan.

“Lowry sepatutnya dilayangan kad kerana menolak Jordan Mintah yang sudah terbaring sebelum menjatuhkan penjaga gol, Mohd. Suhaimi Husin yang cuba meleraikan kekecohan, bahkan pengadil menutup mata terhadap kesalahan Insa yang sengaja menendang jauh bola walaupun wisel sudah ditiup ketika memasuki minit ke-89,”  katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

Wan Mohd. Azmi meluahkan rasa kecewanya kerana isu pengadilan masih menjadi pertikaian saban tahun sekali gus menggesa Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk segera memperkenalkan Video Pembantu Pengadil (VAR) dalam Liga Malaysia.

Katanya, Jawatankuasa Pengadil FAM juga diharap lebih tegas dan serius meningkatkan mutu pengadil tempatan bagi mengelakkan kejadian sama menimpa pasukan lain.

“Saya percaya penyokong sudah bosan dengan isu pengadil, kalau kekasaran secara jelas pun terlepas tindakan atau bersikap berat sebelah, ternyata kualiti pengadil Liga Malaysia masih rendah atau ‘cap ayam’,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya