[PARLIMEN] PRN Sarawak telan belanja RM150 juta - Utusan Malaysia

[PARLIMEN] PRN Sarawak telan belanja RM150 juta

PERKENAN Yang di-Pertuan Agong memendekkan tempoh proklamasi darurat di Sarawak, menyaksikan PRN Sarawak perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh itu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak akan datang bakal menelan belanja RM150 juta.

Mendedahkan perkara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Parlimen), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, kos itu termasuk perolehan peralatan pilihan raya, pembangunan ICT, logistik dan elaun pekerja pilihan raya.

“(Kos ini) merangkumi perolehan peralatan pilihan raya, pembangunan ICT, logistik, elaun petugas dan keperluan-keperluan lain yang berkaitan termasuk keperluan peralatan Covid-19 dan mengambil kira pelaksanaannya mengikut garis panduan pencegahan Covid-19 bagi pelaksanaan pilihan raya,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu, Wong Ling Biu (PH-Sarikei) meminta kerajaan mendedahkan berapa jumlah peruntukan untuk PRN Sarawak.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini mengumumkan PRN Sarawak akan diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pembatalan proklamasi darurat di negeri tersebut iaitu pada 3 November 2021.

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, Seksyen 3(3) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu)(Sarawak) 2021 menetapkan bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN) hendaklah terbubar pada tarikh proklamasi darurat dibatalkan atau diungkaikan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya