[PARLIMEN] Kementerian Kesihatan teliti jumlah doktor kontrak perlu diserap jawatan tetap - Utusan Malaysia

[PARLIMEN] Kementerian Kesihatan teliti jumlah doktor kontrak perlu diserap jawatan tetap

KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Tiada jaminan untuk menyerap kesemua doktor kontrak ke jawatan tetap, namun kerajaan akan meletakkan unjuran keperluan untuk diserap ke perkhidmatan tetap.

Menjelaskan perkara itu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, unjuran keperluan tersebut sedang disediakan oleh Kementerian Kesihatan sebelum dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

“Unjuran itu kita sedang sediakan kerana untuk masa sekarang ini JPA minta unjuran daripada Kementerian Kesihatan berapa ramai yang diperlukan untuk tahun mendatang. Sebab itu kita dalam proses menyediakan unjuran supaya kita dapat kemukakan kepada JPA dan Kementerian Kewangan tentang keperluan berdasarkan unjuran dan keperluan untuk dilantik secara tetap.

“Ini adalah masalah legasi lama yang perlu kita atasi segera dan saya tidak pasti dapat serap semua di bawah kontrak tetapi kita mula dengan unjuran keperluan dahulu, dan saya pasti keperluan itu kita akan usahakan supaya jumlah itu dapat kita serapkan dalam perkhidmatan tetap,” katanya bagi menjawab soalan tambahan di Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu, Datuk Azizah Dun (Bersatu-Beaufort) meminta kerajaan menjelaskan berapa jumlah keperluan doktor tetap yang diperlukan dan apakah implikasi kewangan sekiranya kesemua doktor kontrak ini dilantik ke jawatan tetap.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN