Naib Canselor UTM terima anugerah Akademi Sains Dunia - Utusan Malaysia

Naib Canselor UTM terima anugerah Akademi Sains Dunia

AHMAD FAUZI ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Datuk Dr. Ahmad Fauzi Ismail dianugerahkan sebagai salah seorang penerima  Akademi Sains Dunia (TWAS) dalam kategori Sains dan Kejuruteraan.

UTM dalam satu kenyataan memaklumkan, pencapaian itu diumumkan dalam Persidangan Agung TWAS ke-15 yang diadakan secara dalam talian baru-baru ini.

“TWAS dianugerahkan kepada saintis dari negara membangun sebagai mengiktiraf sumbangan cemerlang mereka kepada pengetahuan saintifik dalam pelbagai bidang.

“Antara bidang berkenaan adalah Sains Pertanian, Biologi, Kimia, Bumi, Astronomi dan Sains Angkasa, Sains Kejuruteraan, Matematik, Sains Perubatan, Fizik, Sains Sosial serta aplikasi sains dan teknologi untuk pembangunan mampan,” jelas kenyataan itu.

Kenyataan itu turut memberitahu, anugerah berkenaan disampaikan bagi menghargai pencapaian cemerlang Ahmad Fauzi dalam bidang teknologi membran dan nanoteknologi bagi digunakan dalam sektor perawatan air kumbahan serta pengasingan gas dan hemodialisis. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya