Melaka mengundi: BN, PH dahului kerusi tradisi (tidak rasmi) - Utusan Malaysia

Melaka mengundi: BN, PH dahului kerusi tradisi (tidak rasmi)

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) masing-masing mendahului di kerusi tradisinya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat, BN mendahului kerusi Kuala Linggi, Tanjung Bidara, Ayer Limau, Lendu, Rembia, Durian Tunggal, Asahan.

Sebaliknya BN ketinggalan di kerusi Sungai Udang dengan Perikatan Nasional (PN) mendahului undian.

PH pula mendahului di kerusi tradisinya yang merupakan kubu kuat DAP seperti Bandar Hilir dan Kota Laksamana. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN