Melaka bakal jadi hab pemasangan EV pertama di Malaysia - Utusan Malaysia

Melaka bakal jadi hab pemasangan EV pertama di Malaysia

AB. RAUF YUSOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Beberapa syarikat antarabangsa dari China menunjukkan minat untuk menjadikan negeri ini sebagai hab pemasangan kereta elektrik (EV) pertama negara pada tahun hadapan.

Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, cadangan syarikat berkenaan sedang dibincangkan dan diteliti sebelum diputuskan dalam masa terdekat.

Katanya, kehadiran industri pemasangan EV di Melaka turut membawa masuk teknologi-teknologi baharu.

“Mereka turut mencadangkan EV ini dijenamakan sebagai EV pertama kebangsaan. Jadi saya sedang meneliti cadangan berkenaan.

“Saya akan melihat dengan lebih terperinci kawasan-kawasan industri yang sesuai dengan industri pemasangan EV yang pertama di Malaysia,” katanya selepas melawat Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif PKNM, Datuk Azmi Hussain.

Tambah Ab. Rauf, Melaka akan memberi keutamaan kepada industri automotif yang disifatkan sebagai salah satu industri terbesar dalam negeri ini.

Jelasnya, ia telah dibuktikan menerusi penglibatan syarikat Honda yang berjaya meletakkan Melaka sebagai antara negeri yang terlibat dengan bidang pemasangan automotif.

Sementara itu, Ab. Rauf berkata, kerajaan negeri mahu menarik lebih ramai pelabur ke negeri ini untuk meneroka bidang aeroangkasa dan industri minyak dan gas (O&G).

Sehubungan dengan itu, katanya, PKNM bersama Invest Melaka sedang mengkaji lebih terperinci mengenai industri berkenaan bagi meningkatkan ekonomi negeri.

“PKNM dan Invest Melaka sedang mengkaji satu industri baharu iaitu aerospace untuk mencari para pelabur untuk melabur di Melaka.

“Ia susulan kejayaan CTRM (Syarikat Composite Technology Research Malaysia Sdn. Bhd.) yang menjadi pembekal komponen Syarikat Penerbangan Boeing di Batu Berendam.

“PKNM Energy pula akan mempelopori minyak dan gas di sepanjang tiga batu nautika dari Umbai ke Kuala Linggi. Industri O&G merupakan sokongan kepada industri marin yang sedang berkembang,” ujarnya.-UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya