Kes kematian akibat lemas tiga kali ganda lebih tinggi berbanding kebakaran - Utusan Malaysia

Kes kematian akibat lemas tiga kali ganda lebih tinggi berbanding kebakaran

MOHAMMAD HAMDAN WAHID (dua dari kiri) menyampaikan Sijil Perkhidmatan 30 Tahun kepada pegawai bomba pada Majlis Penganugerahan Pingat Kebesaran dan Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2020 JBPM Perlis di Hotel Seri Malaysia, Kangar, Perlis hari ini. - UTUSAN MALAYSIA/NAZLINA NADZARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Kes kematian akibat lemas tiga kali ganda lebih tinggi berbanding kematian disebabkan kebakaran yang direkodkan dari awal tahun sehingga Oktober lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata, sebanyak 65 kes melibatkan kebakaran manakala lebih 100 kes kematian akibat lemas.

Katanya, kematian melibatkan lemas itu membabitkan individu berusia sembilan hingga 39 tahun. 

“Kita akan mempertingkat tahap kesedaran melibatkan risiko lemas di sungai-sungai itu selain kami juga mengadakan latihan renang dalam kalangan pelajar sekolah di Putrajaya dan program ini akan diperluas di kawasan lain pula,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penganugerahan Pingat Kebesaran dan Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2020 JBPM Perlis di Hotel Seri Malaysia, di sini hari ini.

Sementara itu, Mohammad Hamdan mengingatkan orang ramai tidak terlalu ghairah bermain air ketika banjir termasuk semasa fenonema air pasang besar kerana perubahan aliran dan kederasan air boleh berubah bila-bila masa sekali gus membahayakan keselamatan.

Katanya, di sesetengah tempat, banjir dianggap sebagai pesta sehingga menyebabkan mereka leka daripada aspek keselamatan.

Jelasnya, mereka harus mengenalpasti kawasan yang berisiko seperti longkang besar mahupun longkang kecil yang alirannya deras pada musim banjir.

“Jika kita lihat kes anggota bomba, Mohd. Diya Che Jusoh, 46, yang lemas semasa cuba menyelamatkan mangsa banjir di Kampung Sungai Putat bulan lalu, kawasan tersebut kelihatan tidak berisiko tinggi bila air surut.

“Namun, ada longkang kecil menjadikan air deras. Jika anggota bomba dari Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) yang terlatih dan lengkap dengan Personal Floating Device (PFD) pun boleh lemas, apa tah lagi orang awam yang tidak terlatih ketika berdepan arus deras ini,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya