PETALING JAYA: Pasaran saham serantau memulakan dagangan pagi ini dengan prestasi bercampur-campur, namun sentimen pelabur di Malaysia kekal positif.
FTSE KLCI Bursa Malaysia (FBM KLCI) naik 7.47 mata kepada 1,717.86 pada 9.17 pagi hari ini, berbanding 1,710.39 ketika ditutup pada Rabu.
Indeks penanda aras dibuka tinggi pada 1,715.55.
Jumlah dagangan sebanyak 267.86 juta unit bernilai RM149.65 juta.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 278 berbanding 142 dengan 387 kaunter tidak berubah dan 1,964 tidak diniagakan.
Dalam pada itu, Nikkei Jepun turun 24.68 mata atau 0.041 peratus kepada 59,570.54 ketika berita ini ditulis.
Selain itu, STI Singapura turun 0.67 peratus kepada 4,969.06 manakala indeks KOSPI Korea Selatan naik 119.50 mata atau 1.86 peratus kepada 6,537.43. – UTUSAN










