Macron gesa Israel lupakan hasrat 'jajah' Lubnan

Macron gesa Israel lupakan hasrat ‘jajah’ Lubnan

SEORANG lelaki memeriksa kerosakan di sebuah masjid yang disasarkan dalam serangan Israel di kampung Kfar Sir di selatan Lubnan.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Presiden Perancis, Emmanuel Macron menegaskan Israel perlu melupakan hasrat meluaskan wilayahnya di Lubnan, sambil menggesa penyelesaian politik bagi memastikan kestabilan serantau.

Bercakap dalam sidang media selepas bertemu Perdana Menteri Lubnan, Nawaf Salam, Macron menggesa satu perjanjian politik antara Israel dan Lubnan bagi menjamin keselamatan kedua-dua negara, melindungi kedaulatan wilayah negara itu serta membuka jalan ke arah normalisasi hubungan.

Macron turut memberi amaran Kesatuan Eropah (EU) mungkin menilai semula hubungannya dengan Israel jika dasar negara itu tidak berubah. 

Beliau berkata, penggantungan Perjanjian Perkongsian EU-Israel yang mengawal hubungan perdagangan sejak tahun 2000 boleh menjadi satu persoalan yang sah dalam keadaan tersebut.

Menyentuh ketegangan lebih luas di rantau itu, Macron menggesa rundingan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran dilanjutkan sambil menegaskan perang tidak boleh dibenarkan berulang.

Sementara itu, Nawaf mengulangi tuntutan Lubnan mengenai pengunduran sepenuhnya tentera Israel dari wilayahnya, termasuk penghantaran pulang tahanan Lubnan dan individu yang dipindahkan.

Semalam, media kerajaan Lubnan, melaporkan serangan dron Israel pada waktu subuh di pinggir Al-Jabur di wilayah Bekaa mengorbankan seorang penduduk dan mencederakan dua yang lain walaupun gencatan senjata antara Israel dan kumpulan Hizbollah disokong Iranmasih berkuat kuasa.

NNA pada Rabu turut melaporkan serangan artileri Israel serta operasi pemusnahan di bandar-bandar selatan yang kini diduduki Israel.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×