Mangsa banjir Kedah meningkat 754 orang  - Utusan Malaysia

Mangsa banjir Kedah meningkat 754 orang 

KEADAAN banjir yang berlaku di Kampung Kubang Betong, Changlun, Kubang Pasu, Kedah, hari ini. - UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Jumlah mangsa banjir di negeri ini meningkat kepada seramai 754 mangsa daripada 205 keluarga yang ditempatkan di 13 pusat pemindahan sementara (PPS) sehingga pukul 8 pagi tadi.

Sebanyak dua PPS masih dibuka di daerah Baling, dua di daerah Pendang, tujuh di daerah Kota Setar dan tiga di daerah Kubang Pasu.

Ketua Bahagian Sekretariat Bahagian Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Mohd. Muaz Mohd. Yusof berkata, jumlah mangsa yang dipindahkan semalam pula seramai 735 mangsa daripada 196 keluarga.

Kata beliau, di daerah Baling, jumlah mangsa di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Siong kekal tujuh mangsa daripada empat keluarga dan lapan mangsa daripada satu keluarga di PPS Tunku Putera.

“Di daerah Pendang, terdapat satu PPS baru dibuka pada pukul 12 tengah hari semalam iaitu PPS Dewan Cenderawasih yang menempatkan 68 mangsa daripada 22 keluarga.

“Di PPS Dewan Rakan Sukan, Tanah Merah pula ada pengurangan mangsa iaitu seramai 224 mangsa daripada 53 keluarga berbanding 230 mangsa daripada 50 keluarga pada semalam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, dia daerah Kota Setar pula iaitu PPS Surau Kampung Permatang Limau kekal 25 mangsa daripada lapan keluarga dan satu PPS baru dibuka di Pokok Sena dengan sembilan mangsa daripada dua keluarga di PPS SK Tualang.

“Tiga PPS di Kota Setar juga menunjukkan pertambahan mangsa iaitu 80 mangsa daripada 23 keluarga di PPS SK Langgar, 62 mangsa daripada 23 keluarga di PPS SK Suka Menanti dan PPS SK Darul Hikmah seramai 106 mangsa daripada 28 keluarga.

“Sebuah PPS di daerah itu juga baru dibuka pada pukul 3 petang semalam iaitu PPS SK Haji Wahab dengan penempatkan 24 mangsa daripada lima keluarga,” ujarnya.

Mohd. Muaz berkata, di daerah Kubang Pasu, satu PPS masih kekal dengan 106 mangsa daripada 29 keluarga di PPS SK Dewan Kampung Tradisi, Lebah Keriang.

“Dua lagi PPS dibuka iaitu PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changlung dengan sembilan mangsa daripada tiga keluarga yang dibuka pukul 2 petang semalam dan 26 mangsa daripada empat keluarga di PPS SK Malau yang dibuka 11 malam semalam,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN