Kutipan zakat tahun ini mampu capai RM1 bilion - LZS

Kutipan zakat tahun ini mampu capai RM1 bilion – LZS

SAIPOLYAZAN MD. YUSOP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sebanyak RM970 juta jumlah kutipan zakat disasarkan menjelang hujung tahun ini oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS), namun badan itu optimis untuk mencapai perolehan sehingga RM1 bilion.

Bagaimanapun, jangkaan itu disifatkan realistik dan mampu dicapai sekali gus menjadi kutipan tertinggi walaupun melepasi sasaran RM970 juta.

Sasaran itu dinyatakan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Saipolyazan Md.Yusop yang ketika dihubungi memaklumkan, kutipan zakat pada sasaran itu mampu dicapai berikutan sumbangan terbanyak adalah kutipan zakat pendapatan.

“Kita menjangkakan 58 hingga 60 peratus jumlah keseluruhan zakat tersebut adalah dari zakat pendapatan,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas makluman daripada Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof yang memberitahu sasaran RM1 Bilion mampu dicapai berikutan prestasi kutipan memberangsangkan pada tahun ini.

Menurutnya, kutipan RM1 bilion itu sekali gus mampu mengatasi sasaran ditetapkan pada tahun ini iaitu RM970 juta.

Sasaran itu dinyatakan beliau semalam dalam sidang akhbar selepas menghadiri Program Hari Kecemerlangan Pelatih Baitul Ehsan Kali Ke-13 dan Perasmian Dewan di Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan Sabak Bernam.

Dalam pada itu, Abd. Aziz berkata, MAIS dalam mesyuarat pada Januari lalu turut menyediakan kemudahan bayaran zakat yang dibuat melalui potongan gaji pada setiap bulan kepada semua kakitangannya, agensi dan anak syarikat di bawah MAIS. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN