[VIDE0] Kumpulan besar anak ikan muncul di Kapar bukan petanda tsunami - Utusan Malaysia

[VIDE0] Kumpulan besar anak ikan muncul di Kapar bukan petanda tsunami

PASUKAN Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dari Balai Bomba Zon Klang melihat sekumpulan besar anak ikan muncul pada permukaan air ketika fenomena air laut pasang besar dekat Pengkalan Nelayan Tok Muda, Kapar di Klang, Selangor hari ini. - UTUSAN / ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Kemunculan sekumpulan besar anak ikan yang timbul ditemukan pasukan bomba dan penduduk kampung di Pengkalan Nelayan Tok Muda, Kapar, di sini ketika fenomena air laut pasang besar, awal pagi tadi tidak semestinya mencetuskan petanda tsunami.

Justeru, penduduk kampung di sini tidak perlu bimbang mengenai kemunculan anak ikan itu yang mungkin berlaku disebabkan peningkatan paras air lebih tinggi daripada biasa ekoran air laut pasang besar.

Ketua Zon Balai Bomba Klang, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Hussein Ab. Rahman berkata, walaupun penemuan sekumpulan besar anak ikan itu tidak pernah berlaku sebelum ini, itu bukan petanda bencana lain akan berlaku.

“Apapun, orang ramai tidak perlu risau tentang kehadiran kumpulan anak ikan itu yang biasa dikaitkan dengan kebarangkalian akan berlakunya kejadian tsunami. 

“Ini kerana, tidak ada kajian saintifik bagi membuktikan hubung kait antara dua kejadian tersebut,” katanya ketika operasi pemantauan fenomena air pasang besar di Pengkalan Nelayan Tok Muda, di sini hari ini.

Video oleh MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

Dalam operasi tersebut, terdapat beberapa premis termasuk jeti dan sebuah warung berhampiran ditenggelami air laut yang parasnya mencecah sehingga 5.6 meter ketika fenomena pasang besar berlaku kira-kira pukul 5.20 pagi tadi.

Hussein menjelaskan, ketinggian air kekal pada paras itu selama 15 minit sebelum mulai surut pada pukul 5.35 pagi. 

“Bagaimanapun, air laut dijangka naik lebih tinggi pada esok hari, dan pemantaun akan dilakukan dengan lebih kerap. 

“Nasihat saya kepada orang awam supaya tidak mandi di laut dalam tempoh empat hari ini bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku,” katanya. 

Kira-kira 200 anggota agensi penguatkuasa dan keselamatan seperti polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Majlis Perbandaran Klang (MPK), Pejabat Daerah Klang dan lain-lain lagi menyertai operasi itu. 

Menurutnya, kesemua anggota ini membuat pemantauan di beberapa lokasi berlakunya fenomena berkenaan di Sungai Keramat, Jeti Pulau Ketam, Telok Gong dan beberapa kawasan lain.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan fenomena air laut pasang besar berulang kembali selepas kejadian pertama selama empat hari pada awal Oktober lalu apabila ketinggian air mencecah 5.6 meter.

Justeru, beberapa langkah diambil oleh Pemangku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Klang (JPBD), Mohd. Shahrizal Mohd. Salleh yang memaklumkan terdapat 11 kawasan dikenalpasti berisiko banjir ketika air pasang besar.

Fenomena air laut pasang besar itu berlaku mulai pukul 5.21 pagi tadi dan dijangka berlarutan pada pukul  6.02 pagi hari Jumaat, 6.40 pagi (Sabtu) dan yang terakhir 7.18 pagi (Ahad). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya