TUMPAT: Seorang warga emas yang menjadi mangsa kebakaran memutuskan menangguhkan hasrat menunaikan haji selepas isterinya, Sha’adah Muhammad, 57, meninggal dunia akibat melecur dalam kejadian di Kampung Simpangan, Pengkalan Kubor, di sini, bulan lalu. Mazelan Daud, 64, berkata, penangguhan itu sudah dimaklumkan kepada pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) untuk tindakan lanjut. “Beberapa hari lalu saya menerima panggilan daripada pihak TH dan memaklumkan hasrat tangguhkan Rukun Islam kelima itu kerana masalah kesihatan…










