Kerajaan diminta longgarkan SOP PRN Melaka - Muhyiddin - Utusan Malaysia

Kerajaan diminta longgarkan SOP PRN Melaka – Muhyiddin

TIMBALAN Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (dari kiri); Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Muhyiddin Yassin dan Presiden Parti Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai hadir dalam Majlis Pentas PRN Melaka PN di Shah Alam, Selangor hari ini. - UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diminta melonggarkan sekatan yang dikenakan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka termasukah membenarkan calon-calon turun berkempen bertemu dengan pengundi.

Perkara itu digesa Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyarankan supaya kelonggaran itu dipertimbangkan namun masih mematuhi prosedur operasi standard (SOP) tertentu dan boleh mengurangkan risiko penularan Covid-19.

“Saya berharap, dalam beberapa hari kehadapan ini akan jadi lebih panas, cuma malang sedikit kami ada SOP yang menyebabkan ada kekangan yang tidak membolehkan kita bertindak seperti biasa dalam kempen pilihan raya seperti dahulu.

“Tetapi, apa pun keadaannya, saya minta supaya kerajaan memberikan pertimbangan dan kelonggaran dengan syarat SOP seperti mana yang ada diketatkan itu tetapi memberikan ruang,” katanya dalam Majlis Pentas PRN Melaka PN di sini hari ini.

Beliau menambah, calon-calon bertanding perlu diberi kebebasan dengan bertemu pengundi di kawasan masing-masing supaya rakyat mengenali bakal wakil rakyat yang akan menangani kemaslahatan mereka nanti.

Jelas Presiden Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) itu, adalah tidak wajar calon tidak bertemu dengan pengundi kerana akan mengurangkan keyakinan terhadap bakal wakil rakyat yang akan dipilih dan boleh mewujudkan hubungan kurang harmoni.

Dalam pada itu, Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri turut meminta kerajaan dan media mempertimbangkan ruang kepada PN untuk diperkenalkan menerusi TV supaya satu layanan yang adil dan saksama diberikan kepada semua parti.

“Keduanya adalah tentang ruang untuk kita memperkenalkan parti kita menerusi TV, nampaknya macam satu parti sahaja, Barisan Nasional sahaja yang bertanding, Pakatan Harapan sedikit sebanyak. Macam PN tak ada langsung.

“Saya minta supaya Perdana Menteri, Menteri Penerangan dan juga pihak TV yang ada apatah lagi media berlaku adil dalam situasi yang agak sukar sewaktu pandemik Covid-19 masih ada, kita ada ruang dan peluang untuk perkenalkan parti kita dan juga calon yang bertanding,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya