PETALING JAYA: Postal Forum, sebuah badan kawal selia kendiri yang dilantik oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), hari ini menganjurkan Dialog Keselamatan dan Sekuriti Industri Pos. Dialog ini merupakan inisiatif pertama seumpamanya yang bertujuan untuk memperkukuh kesedaran tentang perundangan, mempertingkat piawaian industri dan memperkasa akauntabiliti operasi dalam kalangan penyedia perkhidmatan pos. Sebagai badan kawal selia kendiri, Postal Forum memainkan peranan penting dalam menggalakkan penerimagunaan kod industri secara sukarela, menegakkan standard…










