Janji selesai masalah pelupusan sampah  - Utusan Malaysia

Janji selesai masalah pelupusan sampah 

MOHAMAD ALI Mohamad (kanan) sedang berbincang dengan Tee Seng Hoo sewaktu melawat di Tapak Pelupusan Sanitari Sungai Udang, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Isu Tapak Pelupusan Sanitari Sungai Udang yang tidak diselenggara dengan sempurna dan mengakibatkan pencemaran kawasan penempatan penduduk di sekitar termasuk menjejaskan pendapatan pekebun sayur serta buah akan diselesaikan segera.

Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad berkata, beliau mendapat aduan penduduk dan pekebun berhampiran apabila berlakunya pencemaran bau, air, udara dan habuk.

Beliau yang dikenali dengan panggilan Cikgu Ali memberitahu, turut terkesan teruk ialah pengusaha kebun sayur dan tanaman buah-buahan apabila pokok yang ditanam rosak kerana takungan air di tapak pelupusan itu tidak dapat disalurkan dengan sempurna.

Jelasnya, tapak pelupusan sampah itu diwujudkan di situ bagi menggantikan lokasi lama di Krubong pada 2014 dan masih menggunakan kaedah lama iaitu sampah dikumpulkan dan kemudiannya dikambus dengan tanah.

“Saya memandang serius mengenai masalah ini dan saya akan berbincang dengan kerajaan negeri yang akan dibentuk nanti termasuk Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah serta SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM).

“Perbincangan dengan pihak terbabit adalah untuk mencari jalan bagaimana masalah pencemaran di tapak pelupusan sampah ini dapat diatasi kerana ia sudah berlarutan terlalu lama,” katanya dalam sidang akhbar selepas melawat Tapak Pelupusan Sanitari itu hari ini.

Mohamad Ali yang juga Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu berkata, sepatutnya Loji Sisa Ke Tenaga (WTE) atau insinerator sudah siap dibina selepas dicadangkan pembinaanya pada 2017.

Katanya, jika insinerator itu dibina sudah pasti perkara berkaitan seperti masalah pencemaran dan sebagainya tidak akan timbul.

Seorang pekebun buah, Tee Seng Hoo, 75, berkata, dia menanggung kerugian apabila tidak memperoleh hasil selepas tanaman buah seperti cempedak, durian, jambu batu dan pisang musnah akibat pencemaran dari tapak pelupusan sampah itu.

“Tanah sudah tidak subur lagi, nak tanam pokok lain pun tidak menjadi dan saya sudah rugi teruk,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya