Individu bertanggungjawab dalam pembentukan integriti -Raja Muda Perlis - Utusan Malaysia

Individu bertanggungjawab dalam pembentukan integriti -Raja Muda Perlis

TUANKU SYED FAIZUDDIN PUTRA JAMALULLAIL (tengah) berkenan berangkat mengetuai program kayuhan berbasikal MAIPs Peduli Khas Covid-19 di sekitar kawasan Kampung Gial dan Kampung Guar Gajah, Arau, Perlis semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU : Setiap individu perlu bertanggungjawab terhadap pembentukan integriti diri kerana ia merupakan sifat yang berbentuk kejujuran, ketulusan, kesempurnaan dan keutuhan. 

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, integriti juga membawa maksud kualiti unggul yang wujud dalam kalangan individu dan berteraskan prinsip teguh kepada kejujuran serta amalan bermoral. 

“Berdasarkan takrifan ringkas ini, integriti boleh difahami sebagai nadi utama kepada pencapaian hasil kerja berkualiti yang dipertanggungjawabkan terhadap seseorang individu ataupun organisasi dengan berlandaskan ciri-ciri kerja bersepadu dan menyeluruh.

“Justeru, setiap individu bertanggungjawab terhadap pembentukan integriti diri masing-masing. Seseorang itu juga akan disifatkan sebagai individu yang bermoral apabila melakukan sesuatu tindakan yang betul. 

“Oleh itu, amat penting untuk kita semua membentuk nilai-nilai moral dalam kehidupan seharian dengan baik melalui kebiasaan dan latihan,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian selepas berkenan berangkat mengetuai program kayuhan berbasikal Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Peduli Khas Covid-19 di sekitar kawasan Kampung Gial dan Kampung Guar Gajah di sini, semalam.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor. 

Antara rumah asnaf terpilih yang dijejaki dan disantuni bagi menyampaikan agihan zakat MAIPs berjumlah RM700 setiap seorang, Kit MAIPs Peduli dan beras fidyah itu adalah Andah Senapi, Khadijah Hashim dan Omar Jusoh. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya