Dendam dipercayai motif ah long maut ditetak - Utusan Malaysia

Dendam dipercayai motif ah long maut ditetak

MAYAT seorang lelaki berusia 47 tahun terbaring dilitupi kain putih sebelah sebuah pacuan empat roda akibat ditetak selepas makan bersama anaknya di sebuah restoran di Bandar Bukit Tinggi di Klang, Selangor, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Angkara dendam dipercayai motif kejadian seorang pemberi pinjaman wang atau ah long maut ditetak di hadapan sebuah restoran di Bandar Bukit Tinggi di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, pihaknya sudah menahan enam suspek bagi membantu siasatan kematian lelaki berusia 47 tahun berkenaan.

“Kesemua lelaki berusia 27 hingga 54 tahun itu diberkas di sekitar daerah ini dan Banting antara pukul 6.30 petang hingga 2 pagi tadi.

“Siasatan awal setakat ini mendapati motif kejadian itu dipercayai akibat dendam. Kita bagaimanapun masih menjalankan siasatan menyeluruh kes berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, mangsa yang dipercayai ah long mati ditetak dengan parang oleh dua penjenayah selepas menikmati makanan di sebuah kopitiam.

Dalam kejadian pukul 12.20 tengah hari itu, lelaki berkenaan bersama dua anak lelakinya berusia 18 dan 10 tahun sedang menuju ke kereta mereka.

Namun, mangsa ditetak dan sempat melarikan diri di celahan kenderaan sebelum rebah lalu maut di hadapan sebuah restoran lain.

Tambah Shamsul Amar, tempoh reman ke atas enam suspek dibenarkan selama sehari oleh Mahkamah Majistret Klang hari ini.

“Permohonan reman itu dibenarkan Pendaftar mahkamah berkenaan, Sarina Sulaiman. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN